Pertandingan video kreatif kesihatan remaja 2016 adalah anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tempoh pertandingan ini adalah selama 3 bulan bermula dari 1 Jun hingga 1 September 2016. Tema pertandingan adalah ‘Memperkasakan Remaja Digital dengan Gaya Hidup Sihat (Empowering Digital Youth With Healthy Lifestyles’.
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 hingga 24 tahun mengikut kategori seperti berikut:
Kategori I (13-15 tahun)
Kategori II (16-18 tahun)
Kategori III (19-24 tahun)
Maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut serta borang penyertaan boleh dilayari dilaman sesawang berikut: www.infosihat.gov.my
Sebarang pertanyaan, sila berhubung secara terus dengan petugas di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Hilir Maludam. Terima kasih.
