mcmc
Galeri Foto

PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG HILIR MALUDAM

Untuk makluman komuniti setempat, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Hilir Maludam turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah secara percuma untuk ahli berdaftar. Bacaan pemeriksaan tersebut dapat dilihat melalui aplikasi Dashboard Komuniti/MyHealth. Hanya perlu kunjungi Pi1m Maludam, berdaftar sebagai ahli ( bagi yang belum) dan anda sudah boleh membuat pemeriksaan. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti di Google Play / Appstore pada Smartphone anda!