Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan, maka punca pendapatan utama penduduknya dalah hasil laut. Oleh kerana majoriti penduduk Maludam terdiri daripada nelayan dan petani, maka Persatuan Nelayan Unit Maludam dan Pertubuhan Peladang kawasan Maludam telah diwujudkan untuk memberi lebih pendedahan serta bantuan kepada nelayan dan petani agar mereka dapat meningkatkan produktiviti mereka.
Antara hasil tangkapan laut yang mendapat sambutan di Maludam ialah udang atau lebih dikenali dengan panggilan “Payak” dan “Durik”, udang harimau, ikan bulu ayam, ikan terubok serta banyak lagi jenis ikan. Ada diantara penduduk kampung yang membeli bahan mentah seperti udang dengan jumlah yang banyak untuk membuat keropok udang dan pekasam yang mana kedua-duanya amat laris dan popular dikedai-kedai runcit disini. Ada juga diantara penduduk yang mengusahakan dan memproses ikan masin untuk dijual.

