Dengan adanya perkhidmatan internet yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia telah banyak membantu untuk mempelbagaikan kaedah ataupun cara belajar pelajar dan murid-murid di Kampung Maludam. Satu perubahan yang positif selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran mereka. Kemudahan internet yang disediakan banyak membantu pelajar dan murid-murid dengan menyalurkan maklumat dalam membuat kerja rumah dan tugasan mereka. Hal ini memberikan kebaikan kepada anak-anak warga Maludam kerana mereka mendapat maklumat dan pengetahuan yang cukup untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
