mcmc
Makanan

Makanan tradisional Kampung Maludam

KUIH JALA

Kuih jala merupakan makanan tradisional masyarakat melayu Sarawak dan ianya sangat popular dikalangan rakyat Sarawak. Komuniti setempat juga amat menggemari kuih jala ini kerana rasanya sangat sedap dan rangup. Kuih jala ini sering menjadi juadah minum petang untuk penduduk setempat. Kuih jala ini tidak hanya digemari oleh golongan dewasa, namun pelbagai lapisan umur sangat menggemari kuih jala ini. Di Kampung Maludam, Puan Norlia merupakan penjual kuih jala yang terkenal dan ramai pelanggan datang untuk membeli kuih jalanya kerana rasa yang sedap dan rangupnya. Kelebihan kuih jala juga adalah ianya boleh disimpan agak lama dalm bekas bertutup. Sekiranya berminat, boleh lah datang ke Kampung Maludam untuk membeli kuih jala ini. Di bawah adalah bahan-bahan dan cara membuat kuih jala.

 

Bahan-bahan :

1. Gula apong

2. Gula pasir

3. Tepung beras

 

Cara membuat : 

1. Masukkan ketiga-tiga bahan untuk membuat kuih jala.

2. Adunkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

3. Setelah itu, adunan yang telah siap diletakkan ke dalam bekas yang berlubang untuk menjadikan kuih tersebut  seperti jala.

4. Kemudian adunan yang diletakkan ke dalam bekas tersebut digoreng ke dalam minyak yang tengah panas.

5. Setelah itu, sebelum kuih jala masak keperangan kita perlu melipat kuih tersebut mengikut kesesuaian yang kita inginkan.

6. Dan bila kuih yang digorengkan sudah keperangan warnanya, boleh diangkat dan toskan minyaknya. Dan kuih jala siap untuk dimakan bersama teh atau kopi panas.