mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2020

Kelas Keusahawanan & Advokasi (Check Your Label)
Shoppe (Seller Centre & Pesanan)

Tarikh : 7 Ogos 2020

Masa : 8.30 am – 12.30 pm

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Lain-lain

 

Tujuan :

1. Memperkenalkan dengan apa itu Seller Centre, cara mengakses dan menggunakan Seller Centre iaitu cara memuat naik produk, cara mengira kos penghantaran berdasarkan berat produk, cara menamakan produk, panduan untuk mengambil gambar produk dan mengajar peserta menentukan kategori kedai yang betul.
2. Menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya mendapat pesanan, proses penghantaran pesanan dan mendedahkan apa itu Program Penghantaran Bersepadu.
3. Memperkenalkan apa itu Check Your Label (CYL), menyenaraikan gajet yang perlu dilabel, mengajar cara untuk menyemak label dan menerangkan kepentingan label tersebut kepada peserta.

 

Aktiviti :

1. Petugas menjelaskan apa itu Seller Centre, Pesanan dan KDB Check Your Label berpandukan slide.
2. Petugas membimbing peserta mengakses dan menggunakan Seller Centre.

 

GAMBAR DI SINI

 

 


 

 Advokasi
Check Your label & Mobile E-Waste

Tarikh : 8 Ogos 2020

Masa : 9.30 am – 11.30 am

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

Tujuan :

1. Memperkenalkan apa itu Check Your Label (CYL), menyenaraikan gajet yang perlu dilabel, mengajar cara untuk menyemak label dan menerangkan kepentingan label tersebut kepada peserta.
2. Mendedahkan apa itu Mobile E-Waste, menerangkan proses pengitaran semula peranti mudah alih yang betul, menjelaskan kepentingan pengurusan e-sisa yang betul dan menenakankan kesan sekiranya e-sisa tidak dibuang dengan cara yang betul.

 

Aktiviti :

1. Petugas memberi masa kepada peserta untuk membaca dan memahami flyers yang telah diedarkan.
2. Petugas menjelaskan dan menerangkan KDB Check Your Label dan Mobile E-Waste satu persatu.

 

GAMBAR DI SINI

 

 


 

Advokasi
Sexting & Penggunaan Internet Bermasalah

Tarikh : 9 Ogos 2020

Masa : 9.00 am – 11.00 am

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

Tujuan :

1. Mejelaskan apa itu sexting, kesan sexting ke atas kanak-kanak dan langkah pencegahan dari menjadi mangsa sexting.
2. Menerangkan apa itu Penggunaan Internet Bermasalah, jenis-jenis Penggunaan Internet Bermasalah dan langkah yang perlu diambil untuk menangani Penggunaan Internet Bermasalah.

 

Aktiviti :

1. Petugas memberikan taklimat mengenai Sexting dan Penggunaan Internet Bermasalah berpandukan slide.
2. Petugas menayangkan video yang berkaitan dengan Sexting dan Penggunaan Internet Bermasalah.

 

GAMBAR DI SINI

 

 

 


 

Kelas Keusahawanan & Advokasi (Buli Siber)
Pusat Pemasaran & Kewangan

Tarikh : 14 Ogos 2020

Masa : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Lain-lain

 

Tujuan :

1. Memperkenalkan apa itu Pusat Pemasaran yang melibatkan Promosi Diskaun, Baucar, Hadiah Pengikut dan Pilihan Tertinggi.
2. Menerangkan langkah demi langkah untuk membuat Promosi Diskaun, Baucar, Hadiah Pengikut dan Pilihan Tertinggi.
3. Menjelaskan 6 langkah aliran transaksi, cara mengira bayaran transaksi Shoppe, cara menambah akaun bank dan menyenaraikan kaedah pembayaran yang tersedia di Shoppe.
4. Menerangkan Shoppe Guarantee serta fungsinya, memperkenalkan Seller Wallet dan cara untuk mengeluarkan duit dari Seller Wallet dan menghuraikan apa itu pengeluaran auto serta cara untuk mendapatkan penyata pendapatan.
5. Memperkenalkan apa itu buli siber, tanda-tanda buli siber, kesan buli siber ke atas individu serta langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa buli siber.

 

Aktiviti :

1. Taklimat berpandukan slide.
2. Tanyangan video KDB Buli Siber.

 

GAMBAR DI SINI

 

 

 


Kelas Poster & Advokasi (Buli Siber)
Canva

Tarikh : 16 & 23 Ogos 2020

Masa : 8.30 am – 12.30 pm

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah

 

Tujuan :

1. Memperkenalkan Canva dan langkah-langkah untuk menghasilkan poster.
2. Menerangkan apa itu buli siber, tanda-tanda buli siber, kesan buli siber ke atas individu serta langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa buli siber.

 

Aktiviti :

1. Petugas membimbing peserta untuk bersama-sama menghasilkan poster menggunakan Canva mengikut kreativiti masing-masing.
2. Petugas memberi taklimat KDB Buli Siber berpandukan slide berserta tayangan video.

 

GAMBAR DI SINI

 

 

 


 

Advokasi

Penipuan Kewangan

Tarikh : 29 Ogos 2020

 

Masa : 3.30 pm – 4.00 pm

Tempat : PI Hilir Maludam

Peserta : Lain-lain

 

Tujuan :

1. Memperkenalkan topik Penipuan Kewangan serta bentuk-bentuk penipuan kewangan.
2. Menjelaskan jenis-jenis scam/ penipuan berserta gambar contoh kes yang pernakah berlaku.
3. Mengingatkan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan penipuan kewangan sama ada diri sendiri atau orang disekitar.

 

Aktiviti :

1. Petugas memberi taklimat berpandukan slide.
2. Petugas memaparkan contoh-contoh kes penipuan kewangan yang banyak berlaku pada zaman sekarang.

 

GAMBAR DI SINI