mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2017

TARIKH: 09.11.2017-10.11.2017 & 17.11.2017

MASA: 9.00 – 11.00 PAGI

LOKASI: PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG.HILIR MALUDAM

PESERTA: 24 ORANG & 14 ORANG

 

TUJUAN

Program ini adalah bertujuan mengajar dan memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat kad perniagaan, mereka brosur serta mencipta buku alamat mengikut kreativiti peserta masing-masing. Peserta juga dibimbing untuk menggunakan MyShop sebagai medium mempromosikan produk jualan mereka kepada penduduk tempatan. Di samping itu, peserta di ajar untuk membudayakan kitar semula atau membuang peranti dengan medium yang betul dan menggalakkan peserta untuk menjadi bijak berkongsi maklumat di atas talian serta menasihati ibu bapa untuk memantau penggunaan internet anak-anak.

AKTIVITI

Mereka brosur, mencipta kad perniagaan, mencipta buku alamat, membuat persembahan dan pembentangan.