Advokasi
Tempat : Whatsapp Status
Peserta : Lain-lain
Tujuan :
1. Memastikan peserta sentiasa mengunci skrin komputer demi keselamatan data peribadi/ data kerja peserta.
2. Menerangkan kepada peserta mengenai tipu sms yang sering terjadi melalui peraduan dan penggunaan kad kredit.
3. Menerangkan kepada peserta tentang sindiket tipu e-dagang jual/beli yang berlaku secara dalam talian.
4. Mengingatkan peserta agar kerap menukar kata laluan, menggunakan kombinasi kata laluan yang kukuh dan tidak mengongsi kata laluan mereka kepada orang lain & mengingatkan peserta untuk menyediakan ruang khas untuk bekerja semasa bekerja dari rumah terutamanya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan(PKP).
5. Memastikan peserta sentiasa dapat dihubungi oleh rakan sekerja sepanjang bekerja dari rumah.
6. Mengingatkan peserta supaya sentiasa peka dalam menerima sebarang panggilan agar tidak terpedaya dengan panggilan palsu.
7. Memberikan tips kepada peserta mengenai penjagaan mata semasa menggunakan komputer.
8. Mengingatkan peserta agar memanfaatkan penggunaan teknologi dan perisian komunikasi agar bekerja dari rumah berjalan dengan lancar dan efisien.
9. Memperkenalkan kepada peserta tentang tips untuk mengenali penipuan panggilan.
10. Memastikan peserta mengurus masa dengan baik dan sentiasa menepati masa demi kelancaran hari-hari peserta.
11. Memberi peringatan kepada peserta untuk sentiasa baca dan faham terma dan syarat sebelum menurunkan tanda tangan tanda bersetuju terima sesuatu perjanjian.
12. Mengingatkan peserta agar sentiasa memeriksa nombor atau digit SMS yang diterima untuk mengelakkan menjadi mangsa scam.
13. Peserta dilarang keras untuk berkongsi kandungan yang berunsur lucah di media sosial kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
14. Mengingatkan peserta agar tidak mengongsi maklumat peribadi sebarangan kepada sesiapapun.
Aktiviti :
Muat naik gambar dan video yang berkaitan dengan KDB di status whatsapp petugas.