Advokasi (Maklumat Palsu)
Tarikh : 24 Jun 2020
Masa : 12.00 pm – 0100 pm
Tempat : Secara dalam Talian (Online group whatsapp)
Peserta : Belia
Tujuan :
1. Menerangkan maksud Maklumat Palsu.
2. Menjelaskan kepentingan peka kepada maklumat palsu dipersekitaran peserta.
3. Memberikan kesan yang akan dihadapi sekiranya maklumat palsu tersebut tersebar.
Aktiviti :
1. Petugas memuat naik satu slide powerpoint yang bertajuk “Maklumat Palsu” di dalam whatsapp group.
2. Petugas bersoal jawab dengan peserta dalam whatsapp group mengenai isu semasa berkaitan maklumat palsu yang mereka ketahui dipersekitaran mereka.
Asas Internet & Advokasi (Maklumat Palsu)
Tarikh : 27Jun 2020
Masa : 9.00 am-11.00 am
Tempat : Pusat Internet Hilir Maludam
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan :
1. Menerangkan asas internet seperti enjin carian (google search).
2. Membimbing peserta membuat carian dengan cara yang betul iaitu membuat carian mengenai maklumat palsu dan latihan subjek sekolah.
3. Menerangkan advokasi mengenai maklumat palsu kepada peserta.
4. Menyatakan kesan jika maklumat palsu tersebar.
Aktiviti :
1. Petugas memberi taklimat berpandukan Slide.
2. Petugas membimbing peserta membuat carian enjin, memilih satu kes maklumat palsu dan menjelaskannya kepada petugas dan rakan-rakan peserta yang lain.