mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2021

 

Advokasi

1. Saluran yang betul untuk melaporkan insiden buli siber
2. Laporkan insiden buli siber.
3. Lindungi maklumat organisasi & pelanggan.
4. Berita palsu.
5. Gunakanlah internet dengan berhemah.
6. Tindakan apabila melihat video/gambar berunsur seksual/lucah melibatkan kanak-kanak.
7. Kawalan sendiri.
8. Berfikir sebelum berkongsi.
9. 3 langkah elak scammer.
10. Tegur secara berhemah.
11. Apa itu scammer menggunakan parcel?
 
 
Tarikh & Masa:
 
9 Julai 2021
10 Julai 2021
12 Julai 2021
13 Julai 2021
15 Julai 2021
15 Julai 2021
19 Julai 2021
23 Julai 2021
26 Julai 2021
27 Julai 2021
     28 Julai 2021
 

Tempat : Whatsapp Status

Peserta : Lain-lain

 

Tujuan :

1. Menyenaraikan saluran yang diperlukan untuk melaporkan insiden buli siber.

2. Memberitahu peserta tentang beberapa saluran yang boleh digunapakai untuk membuat aduan mengenai buli siber.

3. Mengingatkan peserta agar tidak mengongsi maklumat organisasi atau pelanggan sewenang-wenangnya.

4. Mengingatkan peserta agar rujuk fakta daripada sumber yang sahih sekiranya terdapat keraguan mengenai seuatu berita dan mendapatkan kisah sepenuhnya bukan sekadar tajuk berita.

5. Memberi peringatan kepada peserta agar sentiasa menjaga adab ketika dalam talian dan menggunakan internet secara berhemah.

6. Langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah yang disyaki mengeksploitasi kanak-kanak.

7. Menyarankan peserta agar meningkatkan kawalan kendiri terhadap kandungan dan maklumat yang dikongsi.

8. Mengingatkan peserta agar sentiasa berfikir dan meneliti terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat/ berita.

9. Menekankan 3 langkah mudah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa scammer.

10. Mengingatkan peserta untuk membuat teguran secara sopan kepada rakan ataupun ahli keluarga yang telah menyebarkan berita yang tidak tepat.

11. Mendedahkan apa itu scam menggunakan parcel untuk mengelakkan peserta menjadi mangsa seterusnya.

 

Aktiviti :

Muat naik gambar dan video yang berkaitan dengan KDB di status whatsapp petugas.

 

GAMBAR DI SINI


 

Kelas keusahawanan

 

1. Pengenalan & cara memasang WhatsApp Business
2. Cara menggunakan WhatsApp Business
 

 

Tarikh & Masa:

30 Julai 2021 (8.30 am – 11.30 am)
31 Julai 2021 (9.00 am – 12.00 pm)

 

Tempat :  PIK Hilir Maludam & Google Meet

Peserta :  Usahawan (20 – 55 Tahun)

 

Tujuan :

 

1. Memperkenalkan apa itu whatsapp business serta membimbing cara untuk memasang whatsapp business dalam telefon bimbit setiap peserta.

2. Membimbing peserta untuk membuat profil bisnes, messaging tools, katalog serta label dalam whatsapp business.

 

Aktiviti :

 

1. Taklimat mengenai whatsapp business dengan bantuan video dalam youtube.

2. Google meet bersama petugas kluster Betong dan peserta yang terlibat.

 

GAMBAR DI SINI