Microsoft Publisher & Advokasi
Asas Microsoft Publisher & Mobile E-Waste
Tarikh : 6 & 7 Julai 2020
Masa : 9.30 am – 11.30 am
Tempat : PI Hilir Maludam
Peserta :Pelajar sekolah rendah
Tujuan :
1. Memperkenalkan asas Microsoft Publisher. seperti pemilihan design, penggunaan jenis tulisan serta warna yang bersesuaian.
2. Melatih peserta menggunakan Microsoft Publisher dengan betul.
3. Mendedahkan apa itu Mobile e-waste serta menyatakan tempat pembuangan sisa elektronik yang betul.
4. Menjelaskan kesan akibat pembuangan sisa elektronik di merata-rata tempat.
Aktiviti :
1. Mengenali asas-asas Microsoft Publisher.
2. Memahami apa itu Mobile e-waste, tempat pembuangan sisa elektronik yang betul serta kesan yang dialami jika dibuang di merata-rata tempat.
Advokasi
Buli Siber & Penggunaan Internet Bermasalah
Tarikh :10 & 17 Julai 2020
Masa : 9.00 am – 11.00 am
Tempat : PI Hilir Maludam
Peserta :Pelajar sekolah rendah & Pelajar sekolah menengah
Tujuan :
1. Memperkenalkan apa itu buli siber, tanda-tanda buli siber, kesan buli siber ke atas individu serta langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa buli siber.
2. Merangkan apa itu penggunaan internet bermalasah, jenis-jenis penggunaan internet bermasalah, kesan jika tidak bijak mengawal penggunaan internet serta langkah yang wajar di ambil untuk menanganinya.
Aktiviti :
1. Petugas memberi taklimat berpandukan Slide. Petugas juga membuka tayangan video dan meminta maklum balas daripada peserta berdasarkan kandungan video yang dimainkan.
2. Petugas bersoal jawab dengan peserta mengenai tajuk advokasi yang berkaitan iaitu mengenai buli siber dan penggunaan internet bermasalah.
3. Peserta diminta untuk memilih satu video dalam youtube berkaitan tajuk yang dibincangkan lalu menerangkan intipati video yang telah ditonton tersebut kepada rakan-rakan berdasarkan pemahaman peserta tersendiri.
Kelas Keusahawanan
Microsoft Word (Surat Rasmi & Jadual)
Tarikh :18 & 19 Julai 2020
Masa : 9.30 am – 11.30 am
Tempat : PI Hilir Maludam
Peserta : Wanita
Tujuan :
1. Mengajar peserta supaya lebih mahir untuk menaip.
2. Melatih penggunaan Microsoft Word dalam bentuk surat rasmi dan jadual.
Aktiviti :
1. Peserta dilatih untuk membuat satu surat rasmi seperti permohonan pembukaan akaun khas perniagaan kepada pihak bank mengikut panduan petugas.
2. Peserta dilatih untuk membuat jadual untuk mengisi senarai barangan jualan, jumlah stok, harga dan lain lagi.
Kelas Keusahawanan & Advokasi (Maklumat Palsu)
Pengenalan Shoppe, Profil Kedai Shoppe & Canva
Tarikh :25 Julai 2020
Masa : 9.30 am – 11.30 am
Tempat : PI Hilir Maludam
Peserta : Wanita dan Belia
Tujuan :
1. Pengenalan kepada Shoppe.
2. Menjelaskan profil kedai Shoppe.
3. Mengajar peserta untuk menghasilkan satu gambar kulit (cover photo) kedai Shoppe mengikut kreativiti masing-masing.
4. Menerangkan apa itu maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, kesan penyebaran maklumat palsu serta sumber untuk melaporkan sebarang bentuk maklumat palsu.
Aktiviti :
1. Petugas memberi taklimat Shoppe berpandukan Slide.
2. Petugas juga membuka tayangan video dan meminta maklum balas daripada peserta berdasarkan kandungan video yang dimainkan.
3. Peserta dilatih membuat satu gambar kulit perniagaan masing-masing menggunakan Canva dengan bimbingan petugas.
4. Petugas memberikan taklimat mengenai maklumat palsu dan gambar contoh berpandukan slide.