USAHAWAN 1
Nama : Zainab binti Selamat
Alamat : Kampung Tengah Maludam
Umur : 57 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Puan Zainab binti Selamat merupakan salah seorang usahawan NADI Kampung Hilir Maludam. Beliau tinggal di Kampung Tengah Maludam. Puan Zainab mengusahakan keropok udang dan ikan. Kini, Puan Zainab telah memperkembangkan perniagaannya dengan menyewa kedai makanan dan minuman di Market MDB Maludam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI Maludam, Puan Zainab tidak membuat promosi mengenai jualan beliau di laman sosial seperti facebook dan whatsapp. Hal ini demikian kerana Puan Zainab kurang mahir dalam pemasaran dan membuat postingan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti, kelas dan pertandingan yang dianjurkan di NADI Kampung Hilir Maludam, Puan Zainab kini mahir untuk membuat postingan jualan di facebook group Kampung Maludam. Puan Zainab juga banyak merujuk petugas NADI untuk sebarang urusan yang tidak difahami oleh beliau.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- Canva
- Whatsapp Bussiness
- Online Banking
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, program serta pertandingan yang diadakan di NADI Kampung Hilir Maludam banyak membantu Puan Zainab dalam urusan yang berkaitan dengan perniagaan beliau. Hal ini demikian kerana kini Puan Zainab sedikit sebanyak telah menguasai Microsoft Offices, teknik pemasaran dan banyak lagi. Selain itu, Puan Zainab juga belajar untuk membuat poster kedai dan bisnes kad menggunakan canva. Puan Zainab juga mahir menggunakan perbankan dalam talian yang mana seiring dengan perubahan zaman kepada pendigitalan pada masa kini.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Puan Zainab menghadiri kelas keusahawanan di NADI Kampung Hilir Maludam
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Puan Zainab menyertai kursus pengendali makanan secara dalam talian di NADI Kampung Hilir Maludam.
iii. Promosi di Media Sosial

Caption : Promosi jualan yang dilakukan di facebook Puan Zainab.
iv. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Puan Zainab mengikuti program Mini Keusahawanan yang diadakan di NADI Kampung Hilir Maludam pada bulan Febuari 2024.
