USAHAWAN 2
Nama : Sabariah binti Lampong
Alamat : Kampung Tengah Maludam
Umur : 52 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Puan Sabariah atau dikenali sebagai Puan Meriyot merupakan seorang ibu tunggal dengan 4 orang anak. Beliau tinggal di Kampung Tengah Maludam. Beliau telah menjadi ahli PEDi Kampung Hilir Maludam sejak 2018. Beliau yang kini berumur 52 tahun masih aktif mengusahakan keropok ikan dan udang kerana permintaan yang agak tinggi daripada penduduk setempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam, Puan Sabariah menjual keropok ikan dan udang beliau dari rumah dan menghantar keropok tersebut di kedai-kedai tertentu di Kampung Maludam. Beliau juga tidak mahir untuk membuat posting di facebook peribadi beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti, kelas dan pertandingan yang dianjurkan di PEDi Kg Hilir Maludam, Puan Sabariah kini sudah mulai membuat posting di facebook walaupun bermula dari bawah. Puan Sabariah juga kini memiliki sijil pengendalian makanan yang disertai secara dalam talian di PEDi Kampung Hilir Maludam dengan bantuan petugas PEDi.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- Canva
- Whatsapp Bussiness
- Online Banking
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, program serta pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak memberi ilmu berkaitan dengan pemasaran produk kepada Puan Sabariah. Hal ini demikian kerana kini Puan Sabariah sudah mulai membuat posting keropok ikan dan udang beliau di facebook selain di whatsapp. Puan Sabariah juga kini sudah dikenali pelanggan kerana beliau sudah menyertakan nombor whatsapp beliau agar senang untuk dihubungi. Selain itu, Puan Sabariah juga kini dapat menggunakan perbankan dalam talian berbanding sebelum.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Puan Sabariah menghadiri kelas keusahawanan di PEDi Kg Hilir Maludam
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Puan Sabariah menyertai kursus pengendali makanan secara dalam talian di PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Promosi di Media Sosial

Caption : Promosi jualan yang dilakukan di facebook Puan Sabariah.
iv. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Puan Sabariah mengikuti Mini Program Keusahawanan & Hari Bersama Agensi yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam pada bulan Julai 2022.
