mcmc
Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2023 – 1

SS USAHAWAN 1 2023.1

USAHAWAN 1

Nama : Habsah binti Bedi

Alamat : Kampung Belakang Pasar Maludam

Umur : 38 Tahun

Tahun menjadi ahli : 201

 

Latar belakang

Puan Habsah merupakan surirumah sepenuh masa yang mempunyai 2 orang ank iaitu lelaki dan perempuan. Puan Habsah tinggal di Kampung Belakang Pasar Maludam. Puan Habsah telah menjadi ahli PEDi Kampung Hilir Maludam pada tahun 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam, Puan Habsah kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Puan Habsah kebiasaannya banyak bergantung dengan penggunaan telefon bimbit untuk semua aktiviti jual beli beliau di media sosial seperti facebook. Selain itu, Puan Habsah juga sering membuat jualan kek beliau secara offline iaitu dengan walkin ke rumah beliau untuk membuat sebarang tempahan kek dan lain lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melibatkan diri dalam aktiviti, kelas dan pertandingan yang dianjurkan di PEDi Kg Hilir Maludam, Puan Habsah kini lebih giat membuat marketing di Facebook dan Whatsapp. Hal ini demikian kerana Puan Habsah sudah berjaya menghasilkan poster kedai beliau sendiri dengan bantuan petugas PEDi. Selain mengajar asas komputer, petugas PEDi turut mengajar untuk mencipta poster atau kad bisnes dengan menggunakan canva. Petugas turut memperkenalkan aplikasi yezza dan whatsapp business dan shopee kepada Puan Habsah kerana aplikasi tersebut berguna untuk memasarkan jualan beliau secara dalam talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  •  Latihan asas komputer
  •  Latihan Asas interntet
  •  Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  •  Latihan Keusahawanan
  •  Canva
  •  Shopee
  •  Whatsapp Bussiness
  •  Yezza
  •  Online Banking
  •  Zoom meet
  •  Google meet

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, program serta pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak memberi ilmu berkaitan dengan pemasaran produk kepada Puan Habsah. Puan Habsah yang dulunya kurang membuat posting di facebook kini lebih yakin dan konsisten dalam membuat posting di media sosial. Mengikut keselesaan beliau, beliau banyak membuat posting jualan kek di facebook serta whatsapp personal beliau sendiri. Pendapatan beliau juga meningkat berbanding dahulu. Hal ini demikian kerana kini beliau sering mengambil tempahan kek sempena perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan lain lagi.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 SS USAHAWAN 1 2023.2

Caption : Puan Habsah menghadiri kelas keusahawanan di PEDi Kg Hilir Maludam

 

ii. Produk / Hasil Transformasi

SS USAHAWAN 1 2023.3

Caption : Puan Habsah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Usahawan Digital pada tahun 2021.

 

iii. Promosi di Media Sosial

SS USAHAWAN 1 2023.4 SS USAHAWAN 1 2023.5

Caption : Promosi jualan yang dilakukan di facebook dan whatsapp status Puan Habsah.

 

iv. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb) 

 SS USAHAWAN 1 2023.6

Caption : Puan Habsah mengikuti Mini Program Keusahawanan & Hari Bersama Agensi yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam pada bulan Julai 2022.