USAHAWAN 2
Nama : Nurfarisya binti Fezalini
Alamat : Kampung Seberang Maludam
Umur : 32 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2021
Latar belakang
Cik Nurfarisya merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau yang kini berusia 22 tahun tinggal di Kampung Seberang Maludam. Cik Farisya telah memulakan bisnes surprise bouquet sejak bulan Mac 2021 sehingga sekarang. Minat yang mendalam dalam bidang dekorasi menyebabkan tercetusnya idea beliau mencuba nasib dengan memulakan bisnes surprise bouquet secara kecil-kecilan. Pada bulan Julai 2021, pihak PEDi telah menjemput Cik Farisya untuk mengikuti kelas, program dan pertandingan yang diadakan di PEDi. Hal ini demikian kerana pihak PEDi dapat melihat perniagaan surprise bouquet yang dijalankan oleh beliau bakal mendapat sambutan yang tinggi dengan adanya bimbingan daripada petugas PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam, Cik Farisya tidak mempunyai sebarang poster kedai mahupun kad bisnes dan sticker kedai. Cik Farisya hanya memuat naik produk beliau di facebook personal dan whatsapp status beliau. Beliau juga kurang berpengetahuan dalam menguruskan kewangan dan pemasaran produk beliau. Selain itu, Cik Farisya juga kurang mahir dalam aspek fotografi produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti, kelas dan pertandingan yang dianjurkn di PEDi Hilir Maludam, Cik Farisya terus berdaftar menjadi ahli. Hal ini lebih memudahkan Cik Farisya untuk menggunaan komputer serta mengikuti kelas dan SDCD/DCPCD 01032016 ITEM JENIS INFORMATION MAKLUMAT pertandingan di PEDi Hilir Maludam. Cik Farisya turut mendapat ilmu baru yang berkaitan dengan aplikasi untuk memuat naik produk jualan seperti shopee, whatsapp bussiness dan yezza. Beliau juga banyak mempelajari ilmu berkaitan dengan fotografi dan pemasaran di PEDi Hilir Maludam.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- Canva
- Shopee
- Whatsapp Bussiness
- Yezza
- Online Banking
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, program serta pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak memberi ilmu yang baru kepada Cik Farisya. Hal ini demikian kerana kelas yang diadakan di PEDi Hilir Maludam adalah secara percuma setelah menjadi ahli yang berdaftar. Cik Farisya kini mudah untuk mencipta poster kedai, membuat kad bisnes dan profil kedai menggunakan canva. Cik Farisya juga terdedah dengan penggunaan aplikasi shopee, whatsapp business dan yezza untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, Cik Farisya juga telah diajar untuk menggunakan online banking untuk menguruskan keluar masuk hasil jualan beliau. Di samping itu, Cik Farisya juga telah diajarkan untuk membuat iklan menggunakan page facebook.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Cik Farisya menghadiri kelas keusahawanan di PEDi Kg Hilir Maludam
ii) Produk / Hasil Transformasi

Cik Farisya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Usahawan Digital pada tahun 2021
iii) Promosi di Media Sosial

Promosi jualan yang dilakukan di facebook Cik Farisya
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Cik Farisya mengikuti Mini Program Keusahawanan & Hari Bersama Agensi yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam pada bulan Julai 2022
