CELIK IT
Nama : Nur Alya Qistina binti Faizullah
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 13 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Adik Nur Alya Qistinan binti Faizullah atau dikenali sebagai adik Alya merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik Alya tinggal di Kampung Hilir Maludam. Kini, adik Alya bersekolah di SMK Beladin. Adik Alya telah mendaftar jadi ahli NADI pada tahun 2018 iaitu semasa mengikuti program Hari Bersama Komuniti (HBK).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum bergiat aktif dalam program NADI/mengikuti kelas ICT di NADI, adik Alya banyak menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan-rakan yang lain. Adik Alya juga sekali sekala pergi membaca buku di Perpustakaan Desa Maludam. Hal ini demikian kerana Perpustakaan Desa Maludam jauh dari rumahnya. Selain itu, adik Alya juga tidak terdedah dengan kelas/ latihan yang berasaskan penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Semenjak menjadi ahli NADI Kg Hilir Maludam pada tahun 2018 iaitu semasa Hari Bersama Komuniti (HBK), adik Alya rajin untuk menghadiri kelas, latihan, program dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam. Lokasi NADI Kg Hilir Maludam yang dekat dengan rumahnya menyebabkan adik Alya kerap mengunjungi NADI. Oleh itu, adik Alya sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran menggunakan komputer berbandinga sebelumnya.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
- CapCut
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI banyak membantu adik Alya meningkatkan kemahiran ICT. Antaranya, adik Alya sudah mahir menggunakan Microsoft Office, Canva, Capcut dan lain lagi. Selain itu, adik Alya juga terbiasa untuk menjawab kuiz subjek yang tertentu secara dalam talian sebagai salah satu cara untuk mengulangkaji pelajaran. Adik Alya juga kini mampu mengajar adik-adik yang baru menjadi ahli NADI berkenaan asas ICT.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Adik Alya aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Adik Alya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menaip peringkat sekolah rendah anjuran NADI Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Adik Alya aktif mengikuti program dan pertandingan bersama rakan-rakan yang lain.
