CELIK IT
Nama : Mohammad Hasidar bin Abdullah
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 13 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2019
Latar belakang
Adik Hasidar merupakan anak angkat kepada Encik Paidar yang tinggal di Kampung Tengah Maludam. Namun, adik Hasidar masih rapat dengan keluarga kandungnya kerana Encik Paidar merupakan pakcik kandungnya sendiri. Adik Hasidar merupakan anak bongsu dalam keluarga angkatnya. Kini, adik Hasidar telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin kerana sudah berada di tingkatan 1.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Hasidar hanya bermain di rumah rakan-rakannya. Adik Hasidar juga kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Adik Hasidar bahkan tidak tahu menggunakan Microsoft Office dan banyak lagi yang berkaitan dengan ICT. Hal ini demikian kerana adik Hasidar tidak memiliki komputer atau komputer riba di rumah dan jarang menggunakannya di sekolah. Adik Hasidar hanya terdedah dengan penggunaan telefon bimbit kepunyaan ayah angkatnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2019 iaitu semasa Hari Bersama Komuniti (HBK), adik Hasidar mula melibatkan diri dengan kelas dan pertandingan yang dianjurkan di PEDi. Rakan-rakan adik Hasidar yang lain juga banyak melibatkan diri di PEDi. Oleh itu, setiap kali ada masa yang terluang adik Hasidar dan rakan-rakannya akan datang ke PEDi untuk mengikuti kelas atau membuat kerja sekolah secara berkumpulan.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
- CapCut
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi banyak membantu adik Hasidar untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan pengetahuan ICT. Adik Hasidar kini sedikit sebanyak dapat menguasai penggunaan Microsoft Offices dengan baik. Hal ini demikian kerana adik Hasidar sering mengikuti kelas Microsoft Offices di PEDi. Adik Hasidar turut mengikuti pertandingan menaip terpantas dan banyak lagi. Selain itu, adik Hasidar turut mahir membuat poster dengan menggunakan canva, menjawab kuiz menggunakan kahoot dan quizziz serta menyunting video dengan menggunakan capcut.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Adik Hasidar aktif mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Adik Hasidar mendapat tempat ketiga dalam pertandingan video kreatif pendek & pertandingan menaip terpantas anjuran PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Adik Hasidar mengikuti aktiviti semasa program HBK yang dilangsungkan pada tahun 2019 yang lalu.
