mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA (2021) USAHAWAN -2

U2Q121.1

USAHAWAN 2

Nama : Dayang Norbaizura binti Awang Hamidon

Alamat : Kampung Hulu Maludam

Umur : 32 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Dayang Norbaizura binti Awang Hamidon merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Puan Norbaizura kini berumur 32 tahun. Suami Puan Norbaizura pula merupakan seorang guru yang mengajar di SK Maludam. Puan Norbaizura sekeluarga tinggal di kuarters sekolah yang terletak di Kampung Hulu Maludam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan aktiviti yang diadakan di PIK, Puan Norbaizura hanya melakukan bisnesnya secara kecil-kecilan iaitu hanya dikenali dalam kelompok yang kecil sahaja. Puan Norbaizura kurang berminat dalam mendalami ilmu keusahawanan dan mempelajari ICT kerana tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian Puan Norbaizura hanya dikenali dalam kelompok pelanggan yang kecil sahaja iaitu Antara jiran-jiran dan dalam kalangan guru-guru sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas melibatkan diri dalam menyertai program dan aktiviti yang dijalankan di PIK Kampung Hilir Maludam, Puan Norbaizura berasa teruja untuk mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan jualan beliau. Beliau yang dulu tidak terfikir untuk berbisnes secara serius kini igin memperkembangkan lagi jualan beliau. Hal ini demikian kerana beliau telah melihat sesuatu yang cerah untuk masa depan beliau. Lebih-lebih lagi setelah mempelajari ilmu berkenaan dengan keusahawanan dan ICT di PIK Kampung Hilir Maludam.

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan dan aktiviti yang diadakan di PIK Kampung Hilir Maludam secara tidak langsung membantu Puan Norbaizura meningkatkan hasil jualannya. Hal ini demikian kerana jumlah kelompok pelanggan kecik dahulunya kini telah bertambah besar. Bisnes kad dan perlabelan yang telah diajarkan oleh petugas di PIK sedikit sebanyak membantu para pelanggan mengenali Puan Norbaizura yang menjual kek hari jadi yang pelbagai hiasan. Selain itu, Puan Norbaizura juga lebih bijak dalam pengurusan wang iaitu dari segi kiraan kos modal, untung dan sebagainya. Pengurusan wang amat penting untuk memastikan sesuatu bisnes berjalan dengan lancer tanpa ada masalah kewangan. Aktiviti ICT yang lain juga banyak membantu Puan Norbaizura dalam mengenali internet dan teknologi yang lebih mendalam. Walaupun suami Puan Norbaizura seorang guru, namun Puan Norbaizura kurang menggunakan laptop di rumahnya kerana tiada kepentingan untuk menggunakannya. Namun kini, Puan Norbaizura menyedari penggunaan laptop/komputer penting untuk pemasaran jualannya disebabkan storage telefon bimbit tidaklah sebesar laptop/komputer.

 

(i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
 
   U2Q121.2
 
Caption : Menghadiri latihan keusahawanan di PIK Hilir Maludam.
 
 
(ii) Produk / Hasil Transformasi
 
U2Q121.3
 
Caption :  Puan Norbaizura mendapat sagu hati semasa mengikuti pertandingan video produk semasa HBK 2018.
 
 
(iii) Promosi di Media Sosial
 
U2Q121.4   U2Q121.5
 
Caption : Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) Puan Norbaizura sendiri.
 
 
(iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)
 
U2Q121.6   U2Q121.7
 
Caption : Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PIK Hilir Maludam.