mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA (2020) USAHAWAN – 2

USAHAWAN 2

Nama : Dayang Marijah binti Awang Hamidon

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur :  40hun

Tahun menjadi ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Marijah merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Kampung Hilir Maludam. Puan Marijah menjalankan perniagaan dalam talian dan menyediakan khidmat penghantaran (cod) bagi barangan jualannya. Kesemua anak Puan Marijah merupakan ahli yang berdaftar di Pusat Internet Hilir Maludam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti di PI Hilir Maludam, Puan Marijah tidak pernah terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Puan Marijah tidak mempunyai laptop atau komputer di rumah. Puan Marijah juga berpendapat bahawa tidak penting bagi beliau untuk mempelajari dan mengambil tahu apa-apa yang berkaitan komputer dan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mula mengikuti aktiviti yang diadakan di PI, Puan Marijah mula menyedari pentingnya pengetahuan dalam ICT untuk masa depan. Beliau terus mendaftar sebagai ahli PI. Beliau juga mendaftarkan anak-anaknya menjadi ahli PI agar anak-anaknya sebagai pendedahan anak-anaknya terhadap penggunaan komputer dan ICT. Beliau juga mula berminat untuk mempelajari komputer seperti belajar menaip, enjin carian serta memanfaatkan lagi penggunaan laman sosial yang ada seperti facebook sebagai medium untuk membuat jualan atas talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

• Latihan asas komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI banyak memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Puan Marijah terutama dalam bidang ICT dan keusahawanan. Bermula dari seorang yang tidak begitu mengenali dunia ICT dan kelebihan internet, Puan Marijah mula memahami kepentingan kedua-dua aspek tersebut. Beliau mula terdedah dengan penggunaan strategi pemasaran yang berkesan melalui laman sosial seperti Facebook. Puan Marijah juga memanfaatkan enjin carian google serta youtube untuk mencari resepi masakan seperti kuih-muih kerana beliau suka mencuba sesuatu yang baru.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

(Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam.)

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

  

(Puan Marijah menyertai Pertandingan My Place dan Menaip Terpantas semasa HBK dan CAKNA pada tahun lepas. Puan Marijah telah mendapat tempat ketiga dalam dalam kedua-dua pertandingan My Place dan Menaip Terpantas.)

 

 iii) Promosi di Media Sosial

 

(Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook sendiri Puan Marijah.)

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

 

(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)