CELIK IT
Nama : Muhammad Izzudin bin Muliady
Alamat : Kampung Seberang Maludam
Umur : 14 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Adik Izzudin atau lebih dikenali sebagai Dekni merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin. Dia merupakan pelajar harian yang ulang alik ke SMK Beladin dengan menaiki van tambang sekolah. Adik Izzudin tinggal di Kampung Seberang Maludam. Adik Izzudin juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Adik Izzudin telah menjadi ahli di PEDi Maludam pada tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Izzudin sering duduk membaca buku di Perpustakaan Desa Maludam. Adik Izzudin juga sering bermain di rumah dengan rakan-rakan yang lain. Adik Izzudin tidak berapa terdedah dengan penggunaan komputer kerana ketiadaan komputer di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2018, adik Izzudin kerap mengunjungi PEDi dan aktif mengikuti kelas atau pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam bersama rakan-rakan yang lain. Walaupun tidak dapat mengunjungi PEDi sejak covid-19 pada tahun 2020 yang lalu, namun adik Izzudin tetap mengikuti perkembangan PEDi melalui facebook page PEDi Kg Hilir Maludam. Kini, adik Izzudin masih lagi setia mengunjungi dan mengikuti kelas, program serta pertandingan yang diadakan di PEDi Maludam.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Canva
- Capcut
- Origami
- Blockly games
- Codes
- Quizziz
- Wordwall
- Puzzles
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kelas, aktiviti dan pertandingan yang diadakan di PEDi Kampung Hilir Maludam banyak membantu adik Izzudin dalam kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana adik Izzudin tidak malu bertanya semasa mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Adik Izzudin kini mahir menggunakan Microsoft Offices, menjawab kuiz secara dalam talian, menyunting gambar dan video dan banyak lagi. Adik Izzudin juga dapat mengajar adik-adik junior yang baru menjadi ahli PEDi.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Adik Izzudin aktif mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Adik Izzudin mengikuti pertandingan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Adik Izzudin menjadi johan dalam pertandingan poster Hari Malaysia & mendapat tempat kedua dalam pertandingan menyunting video.
