CELIK IT
Nama : Dayang Farhernis binti Awang Mohd Azeha
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 11 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2020
Latar belakang
Dayang Farhernis binti Awang Mohd Azeha merupakan pelajar tahun 5 di SK Maludam. Adik Farhernis tinggal di Kampung Hilir Maludam dan mempunyai kembar yang Bernama Dayang Farhershi binti Awang Mohd Azeha. Tempat tinggal adik Farhernis tidak jauh dari PEDi Kampung Hilir Maludam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Farhernis sering bermain ke rumah rakan-rakan sekolahnya. Adik Farhernis juga banyak terdedah dengan telefon bimbit dan banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan secara dalam talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada 8 Febuari 2020, adik Farhernis mula mengikuti kelas yang diadakan di PEDi pada setiap hujung minggu. Adik Farhernis serta rakan-rakannya juga sering megunjungi PEDi sekiranya ada masa terluang pada sebelah petang semasa hari persekolahan. Kuiz serta beberapa lagi permainan ICT yang lain menarik minat adik Farhernis untuk datang ke PEDi.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizizz
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Kepelbagaian kelas, kuiz, permainan serta pertandingan yang diadakan di PEDi banyak membantu meningkatkan ilmu pengetahuan IT adik Farhernis. Adik Farhernis kini dapat menggunakan Microsoft Office dengan baik. Selain itu, adik Farhernis juga mahir menjawab soalan subjek-subjek tertentu dengan menggunakan kahoot dan Quizziz. Adik Farhernis juga dapat mempelajari origami dengan panduan video tutorial di youtube
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Adik Farhernis sering menghadiri kelas/latihan yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Adik Farhernis serta kembarnya mengikuti pertandingan video kraftangan kemerdekaan anjuran PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2020.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Adik Farhernis mengikuti pertandingan membuat origami anjuran PEDi Kg Hilir Maludam
