CELIK IT
Nama : Nurul Izzawani binti Mohd Tahir
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 12 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2017
Latar belakang
Adik Nurul Izzawani juga dikenali sebagai Wani merupakan murid tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Maludam. Adik Wani tinggal di Kampung Hilir Maludam dimana kawasan rumahnya tidak jauh dari PIK Kampung Hilir Maludam. Oleh itu, mudah baginya untuk berkunjung ke PIK. Adik Wani telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017. Dia merupakan seorang pelajar yang pandai menguruskan masa kerana tidak pernah mengabaikan pelajarannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum bergiat aktif dalam program PIK/mengikuti kelas ICT di PIK, adik Wani tidak pandai menggunakan komputer serta tidak memahami dan mengenali mana-mana fungsi/komponen dan kegunaan komputer. Adik Wani hanya tahu untuk menggunakan youtube sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK, Adik Wani gemar menghabiskan masa di PIK bersama adiknya. Pada masa lapang, adik Wani akan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas. Kini, adik Wani dapat menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Adik Wani juga boleh menaip menggunakan papan kekunci dengan lancar berbanding sebelum ini. Selain itu, adik Wani turut menguasai penggunaan enjin carian di internet seperti google untuk mencari maklumat serta bahan rujukan pelajaran.
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak membantu proses kemahiran adik Wani. Adik Wani sedikit sebanyak mengenali asas-asas komputer seperti komponen yang terdapat pada komputer. Adik Wani juga kini mampu menggunakan komputer dengan lebih baik. Selain itu, adik Wani juga semakin yakin menggunakan Microsoft Office semasa mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas di Pusat Internet Komuniti Kg Hilir Maludam.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Adik Nurul Izzawani aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Kg Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Adik Nurul Izzawani membuat poster menggunakan Canva
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Adik Nurul Izzawani aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di PIK Kg Hilir Maludam.
