mcmc
Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEEMPAT (2020) USAHAWAN -1

image001

USAHAWAN 1

Nama : Dayang Norhazirah binti Awang Hamidon

Alamat : Kampung Hulu Maludam

Umur : 25 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Nurhazirah merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai dua orang anak. Beliau tinggal di Kampung Hulu Maludam. Puan Nurhazirah yang kini berusia 25 tahun merupakan seorang penjual skincare dan kosmetik Nurrasya. Beliau menjual barangan tersebut secara online dan mempunyai perkhidmatan COD iaitu cash of delivery untuk kawasan kampung Maludam dan berdekatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Komuniti (PIK), Puan Nurhazirah tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana paling terakhir beliau menggunakan komputer ialah pada zaman sekolah. Puan Nurhazirah juga kurang terdedah dengan ilmu-ilmu pemasaran serta tips-tips untuk berniaga dengan baik.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di PIK, Puan Nurhazirah menjadi lebih yakin dalam penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga menyedari kepentingan penggunaan email untuk sebarang urusan rasmi. Beliau juga lebih terdedah dengan kaedah pemasaran yang baik di samping tips untuk mendapatkan kepercayaan para pelanggan terutama secara dalam talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva
  • Shoppe

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan keusahawanan yang diadakan di PIK banyak membantu Puan Nurhazirah dalam perniagaan atas talian beliau. Ilmu baru yang dipelajari oleh Puan Nurhazirah ialah pembukaan akaun shoppe dan langkah-langkah untuk berjual di dalam shoppe tersebut. Kini, Puan Nurhazirah memiliki akaun shoppe yang tersendiri. Selain itu, Puan Nurhazirah juga lebih yakin dalam penggunaan internet dan komputer. Hal ini demikian kerana beliau yang telah lama meninggalkan zaman sekolah dan hanya menjadi surirumah menyebabkan beliau kurang terdedah dengan teknologi seperti komputer. Walaupun akaun shoppe beliau agak baru dan mempunyai bilangan pengikut yang sedikit, namun Puan Nurhazirah percaya bahawa ia merupakan salah satu langkah untuk memperluaskan lagi perniagaan beliau terutamanya perniagaan secara dalam talian (online).

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

   image002

Menghadiri latihan keusahawanan iaitu bengkel shoppe di PIK Hilir Maludam.

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

image003

Puan Norhazirah membuat kad bisnes menggunakan canva dengan bimbingan dan tunjuk ajar petugas semasa kelas keusahawanan. 

 

iii) Promosi di Media Sosial

image004  image005

Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) dan status whatsapp Puan Nurhazirah.

 

 iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

image006  image007

Puan Norhazirah juga aktif melibatkan dalam aktiviti yang diadakan di PIK Hilir Maludam.