mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA(2020) USAHAWAN-1

usahawan1.0

USAHAWAN 1

Nama : Sira binti Saban

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur :  36 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Sira binti Saban merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai 4 orang anak. Puan Sira merupakan salah seorang peniaga secara dalam talian (online) di Kampung Maludam. Beliau menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Beliau juga baru berjinak-jinak untuk menjual pakaian untuk budak-budak, remaja dan dewasa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, Puan Sira tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan ICT. Puan Sira juga tidak mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan serta kegunaan penggunaan internet serta ICT dalam kehidupan seharian beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet, Puan Sira mula menyedari betapa pentingnya pengetahuan tentang penggunaan internet, komputer dan banyak lagi. Hal ini demikian kerana beliau dapat menjadikan media sosial sebagai saluran untuk meningkatkan jumlah jualan beliau. Selain itu, Puan Sira juga banyak menimba ilmu yang baru seperti membuat kad bisnes, teknik menangkap gambar yang berkesan dan lain lagi.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan keusahawanan yang diadakan di PI banyak membantu Puan Sira dalam perniagaan atas talian beliau. Hal ini demikian kerana Puan Sira kini menjadi lebih yakin dan bersemangat dalam mempromosikan barangan jualan beliau dalam media sosial. Beliau aktif menggunakan laman sosial facebook dan whatsapp untuk meningkatkan jualan dan melariskan jualan beliau. Selain itu, Puan Sira juga sering memuat naik barang jualan beliau dalam group facebook kampung beliau yang diberi nama group My Maludam.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

   usahawan1.1

Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam.

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

 

usahawan1.2  usahawan1.3

Puan Sira mengikuti pertandingan My Place semasa HBK dan CAKNA 2019.

 

 iii) Promosi di Media Sosial

 

usahawan1.4 usahawan1.5  

usahawan1.6   usahawan1.7

Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook Puan Sira sendiri dan facebook group kampung.

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

 

usahawan1.8  usahawan1.9

usahawan1.10

Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.