CELIK IT
Nama : Dayang Farhershi binti Awang Mohd Azeha
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 11 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2020
Latar belakang
Adik Farhershi merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Adik Farhershi mempunyai pasangan kembar yang bernama Farhernis. Kedua-duanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam yang terletak di Kampung Hulu Maludam. Tempat kediaman adik Farhershi tidak jauh dari PEDi Kampung Hilir Maludam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Farhershi banyak menghabiskan masa terluang dengan gajet iaitu telefon bimbit. Aplikasi yang banyak dimuat turun oleh adik Farhershi dalam telefon bimbitnya membuatkan adik Farhershi kurang mempedulikan keadaan sekelilingnya. Contoh aplikasi tersebut adalah seperti tiktok, instgram, mobile legend dan lain lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2020, adik Farhershi mula rasa seronok kerana dapat meluangkan masa bersama-sama rakan yang lain. Adik Farhershi teruja kerana dapat mengikuti kelas, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PEDi bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Hal ini demikian kerana aktiviti seperti Microsoft Office, Pengenalan Kepada Komputer dan origami merupakan sesuatu yang baru bagi adik Farhershi.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
- Google Meet
- Quizziz
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Penglibatan adik Farhershi di PEDi Kg Hilir Maludam banyak memberikan ilmu yang baru kepadanya. Hal ini demikian kerana kepelbagaian program, kelas dan aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam. Bermula dari kelas pengenalan kepada komputer, kini adik Farhershi banyak menguasai ilmu yang lain seperti menaip, membuat jadual menggunakan excel dan sebagainya. Adik Farhershi juga telah diajar untuk membuat poster dengan menggunakan canva. Selain itu, pihak PEDi turut mendedahkan laman web untuk memudahkan adik Farhershi mengulang kaji pelajaran dengan menjawab kuiz pembelajaran mengikut subjek tertentu secara dalam talian (online).
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Adik Farhershi masih aktif menghadiri kelas yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam bersama rakan-rakan yang lain.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Caption : Adik Farhershi bersama kembarnya mengikuti pertandingan video kraftangan sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 2020.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Caption : Adik Farhershi aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam seperti Hari Bersama Komuniti (HBK) yang diadakan pada tahun 2019 dan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
