USAHAWAN 2
Nama : Noraini binti Sulaiman
Alamat : Kampung Tengah Maludam
Umur : 53 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2014
Latar belakang
Puan Noraini merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. Beliau juga merupakan seorang yang aktif menyertai sebarang aktiviti yang diadakan di Kampung Maludam. Selain itu, beliau juga merupakan setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Cawangan Maludam. Puan Noraini menetap di Kampung Tengah Maludam iaitu berdekatan dekat masjid Kampung Maludam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Komuniti (PIK), Puan Noraini tidak berapa mahir dengan penggunaan teknologi seperti komputer dan internet. Oleh hal yang demikian beliau hanya mengharapkan anak-anaknya untuk segala perkara yang berkaitan dengan internet dan komputer. Puan Noraini juga tidak mengenal komponen-komponen yang terdapat pada komputer serta tidak pandai untuk membuat caption jualan di facebook peribadi beliau serta group facebook Kampung Maludam. Bukan itu sahaja, Puan Noraini juga tidak mahir dalam menggunakan facebook pada mula-mula beliau membuka akaun facebook peribadi beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di PIK, Puan Noraini kini lebih aktif dalam mempromosikan jualan beliau di media sosial seperti facebook. Beliau kini lebih yakin dalam menggunakan teknologi yang ada. Hal ini demikian kerana beliau sudah memahami langkah mempromosikan jualan di facebook, membalas komen dan banyak lagi.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Latihan asas komputer
- Latihan Asas interntet
- Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
- Latihan Keusahawanan
- E-dagang
- E-Kerajaan
- Canva
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PIK banyak membantu proses perkembangan perniagaan Puan Noraini. Hal ini demikian kerana sebelum ini beliau hanya mengharapkan anak beliau untuk mempromosikan jualan beliau. Kini, Puan Noraini sudah mahir membuat caption jualan di facebook setelah memahami tips promosi barang jualan yang diajarkan oleh petugas di PIK Maludam. Selain itu, Puan Noraini turut terdedah dengan canva walaupun belum mahir sepenuhnya. Puan Noraini juga sedikit sebanyak mengenal komponen-komponen yang terdapat pada komputer. Beliau juga sudah mahir menaip surat menggunakan komputer walaupun tidak selaju anak-anak muda yang lain. Hal ini demikian kerana sebelum ini beliau hanya mengharapkan anak-anaknya untuk menaip apa-apa surat rasmi selain petugas Pusat Internet Komuniti Kampung Maludam sendiri. Hal ini demikian kerana faktor usia beliau yang kini berumur 55 tahun. Namun, usaha beliau untuk mempelajari sesuatu yang baru adalah sangat tinggi.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Puan Noraini menghadiri latihan keusahawanan di PIK Hilir Maludam.
ii) Produk / Hasil Transformasi

Puan Noraini menyertai pertandingan Mewarna bagi kategori 50 tahuan ke atas semasa program CAKNA pada tahun 2019.
iii) Promosi di Media Sosial


Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (Facebook)Puan Noraini sendiri dan group facebook Kampung Maludam.
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Puan Noraini juga aktif menjadi emcee di PIK Hilir Maludam untuk program yang melibatkan komuniti seperti HBK dan CAKNA.
