mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEEMPAT (2020) CELIK IT

aisya1

CELIK IT

Nama : Nur Aisya Sofea binti Masra

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 11 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Aisya merupakan murid tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Aisya tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu di belakang Pusat Internet Komuniti (PIK) Hilir Maludam. Adik Aisya telah mendaftar sebagai ahli PIK pada tahun 2017.  Adik Aisya juga merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Selain itu, adik Aisya merupakan seorang murid yang bijak membahagikan masa. Hal ini demikian kerana adik Aisya turut menghadiri kelas tuisyen luar selain belajar di sekolah walaupun aktif dengan aktiviti kokurikulum yang lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dengan program di PIK dan mengikuti kelas ICT di PIK, adik Aisya langsung tidak mengenali komponen komputer, fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer dan banyak lagi. Hal ini demikian kerana adik Aisya baru sahaja berumur 8 tahun semasa mendaftar menjadi ahli di PIK pada tahun 2017 yang lalu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan program dan kelas di PIK, Adik Aisya merupakan salah seorang murid yang sering mengunjungi PIK. Jarak rumah yang dekat dengan PIK memudahkan adik Aisya untuk mengikuti kelas dan menyertai program yang diadakan di PIK. Pada masa terluang, adik Aisya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap kelas yang diadakan di PIK. Pengetahuan dan ilmu baru yang didapati setelah menyertai kelas dan program yang diadakan di PIK menyebabkan adik Aisya menjadi pengunjung setia di PIK lebih-lebih lagi musim covid-19 ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak dibenarkan ke sekolah dan hanya membuat latihan secara dalam talian sahaja. 

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Asas Komputer dan Sistem operasi
  • Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  • Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  • Paint
  • E-Pembelajaran
  • Kahoot
  • Canva
  • Quizizz

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak membantu dalam perkembangan teknologi dan ICT adik Aisya. Kini adik Aisya lebih menguasai serta memahami penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Adik Aisya juga sudah mahir menaip dan menggunakan tetikus dengan mudah berbanding sebelum ini. Selain itu, adik Aisya juga sudah mampu untuk mengajar rakan-rakan yang lain yang kurang mahir dan masih baru dalam penggunaan komputer dan ICT semasa kelas diadakan. Adik Aisya juga sudah mahir dalam menjawab kuiz pelajaran dalam quizizz, menjawab kuiz ICT dalam kahoot serta membuat poster menggunakan canva.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

   aisya2

Adik Aisya aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.

 

 ii) Produk / Hasil Transformasi

aisya3

Mengikuti Pertandingan Video Kraftangan Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lepas.

 

iii) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

aisya4   aisya5

aisya6

Adik Aisya aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.