mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA (2021) CELIK IT

Danish1

CELIK IT

Nama : Mohd Danish Taqiuddin bin Roslan

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 12 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Danish atau lebih dikenali sebagai Achik merupakan pelajar tahun 6 di SJK Chung Hua Maludam. Adik Achik tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu tidak jauh dari PIK Kampung Hilir Maludam. Adik Achik merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik. Adik Achik mula menjadi ahli PIK Kg Hilir Maludam pada tahun 2017. Adik Achik merupakan seorang pelajar yang aktif dalam kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum. Adik Achik bijak dalam membahagikan masanya kerana tidak pernah melupakan pelajarannya walaupun banyak belajar secara dalam talian semenjak covid-19 melanda negara sejak tahun lepas lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum bergiat aktif dalam program PIK/mengikuti kelas ICT di PIK, adik Achik banyak bermain dengan rakan-rakan tanpa mengenal ICT. Hal ini demikian kerana adik Achik tidak banyak terdedah dengan penggunaan komputer. Adik Achik juga kurang terdedah dengan pengetahuan tentang ICT baik di sekolah mahupun di rumah. Kekurangan kemudahan komputer di sekolah menyebabkan adik Achik kurang mengenal penggunaan komputer dan ICT.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK, adik Achik terus mendaftarkan diri menjadi ahli di PIK Kampung Hilir Maludam. Hal ini demikian kerana adik Achik merasa seronok bermain komputer di samping mempelajari ICT dengan lebih mendalam lagi. Adik Achik yang kini berusia 12 tahun juga masih aktif meluangkan masa di Pusat Internet Komuniti Kampung Hilir Maludam. Adik Achik tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas serta mengikuti pertandingan, kuiz dan aktiviti yang dianjurkan di PIK. 

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

 

  • Asas Komputer dan Sistem operasi
  • Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
  • Asas Internet (Browser/Emel/dll)
  • Paint
  • E-Pembelajaran
  • Kahoot
  • Canva
  • Quizizz

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Kelas, aktiviti dan program yang diadakan di PIK banyak menambah ilmu pengetahuan adik Achik mengenai komputer dan ICT. Adik Achik lebih lancar dalam menaip dan mengingati kedudukan setiap huruf dan simbol di papan kekunci komputer/ laptop. Kekerapan menghadiri kelas menaip (Microsoft Word) menyebabkan adik Achik mampu menaip dengan lebih cepat. Selain Microsoft Office, adik Achik juga mahir menggunakan Canva, Kahoot, Quizizz dan lain lagi. Selain itu, adik Achik juga sering membuat ulangkaji secara dalam talian (online) kerana terbiasa mengikuti kelas e-pembelajaran di PIK Kg Hilir Maludam.

 

i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

  Danish2

Adik Achik aktif menghadiri kelas yang diadakan di PIK Hilir Maludam serta sentiasa memberikan komitmen yang baik.

 

ii. Produk / Hasil Transformasi 

Danish3

Mengikuti pertandingan membuat video kraftangan kemerdekaan pada tahun 2020

 

iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Danish4

Adik Achik aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PIK Hilir Maludam.