CELIK IT
Nama : Nurfadira Binti Ahmad Zaidi
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 14 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2015
Latar belakang
Adik Nurfadira merupakan pelajar sekolah menengah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin. Adik Nurfadira juga merupakan pelajar yang duduk di asrama. Adik Nurfadira aktif dalam bidang kokurikulum di sekolahnya terutama dalam bidang nyanyian, namun dia tidak pernah lalai dalam pelajarannya. Adik Nurfadira aktif menyanyi sejak dari sekolah rendah lagi iaitu di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Nurfadira merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 5 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Nurfadira kurang pandai menggunakan komputer serta tidak memahami sebarang fungsi dan kegunaan komputer. Hal ini demikian kerana adik kurang terdedah dengan penggunaan komputer sama ada di rumah mahupun di sekolah. Hal ini demikian kerana ketiadaan komputer di rumah. Adik Nurfadira hanya terdedah dengan penggunaan smartphone sahaja di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan di PI, adik Nurfadira lebih mengetahui dan terdedah dengan penggunaan komputer serta fungsi komponen-komponen yang terdapat pada komputer. Adik Nurfadira juga merupakan ahli Pusat Internet yang aktif mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet sekiranya mempunyai masa lapang. Adik Nurfadira semasa di bangku sekolah rendah dahulu kurang berminat dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet. Hal ini demikian kerana adik Nurfadira belum menyedari penggunaan komputer dan baru menyedarinya semenjak masuk ke sekolah menengah. Kita sedia maklum bahawa sekolah menengah pada masa kini sudah mulai menggunakan Microsoft Office untuk membuat perbincangan topik yang dibelajar seperti menggunakan Microsoft Powerpoint untuk pembentangan topik pelajaran. Adik Nurfadira tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti program, kelas serta pertandingan yang dianjurkan di Pusat Internet sekiranya ada masa terluang.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Asas Komputer dan Sistem operasi
• Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
• Asas Internet (Browser/Emel/dll)
• Paint
• E-Pembelajaran
• Kahoot
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Aktiviti, program dan kelas yang diadakan di PI banyak membantu proses kemahiran adik Nurfadira. Adik Nurfadira sedikit sebanyak mengenali asas-asas komputer seperti komponen yang terdapat pada komputer. Adik Nurfadira juga kini mampu menggunakan komputer dengan lebih baik. Selain itu, adik Nurfadira juga semakin yakin menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan topik pelajaran di dalam kelas.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

(Adik Nurfadira aktif menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.)
ii) Produk / Hasil Transformasi
\
(Adik Nurfadira mengikuti pertandingan Mengarang Artikel dan Melukis Piramid Makanan Seimbang serta mendapat tempat kedua dalam pertandingan Melukis Piramid Makanan Seimbang.)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

(Adik Nurfadira aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.)
