USAHAWAN
Nama : Shuraya binti Hassansara
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 35 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2016
Latar belakang
Puan Shuraya merupakan ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Kampung Hilir Maludam. Beliau juga merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagannya secara atas talian (online).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan aktiviti yang diadakan di PI, Puan Shuraya kurang terdedah dalam penggunaan komputer dan ICT. Beliau juga tidak mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan serta kegunaan penggunaan internet serta ICT dalam kehidupan seharian beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas bergiat aktif dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PI, Puan Shuraya mula memahami banyak perkara mengenai komputer dan ICT terutama strategi pemasaran secara atas talian. Beliau juga mula mempelajari cara membuat bisnes kad, cara untuk menarik pelanggan serta cara untuk menguruskan untung rugi dalam sesuatu jualan.
Apa yang dipelajari melalui PI
• Latihan asas komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Latihan keusahawanan yang diadakan di PI banyak membantu Puan Shuraya dalam perniagaan atas talian beliau. Hal ini demikian kerana Puan Shuraya kini menjadi lebih yakin dalam membuat bisnes secara atas talian. Beliau mengetahui strategi yang harus dilakukan untuk menarik pelanggan dengan membuat promosi yang mampu berkesan. Beliau juga bersyukur kerana pelanggan mempercayai beliau sebagai salah seorang peniaga atas talian yang jujur dan ikhlas dalam berniaga. Hal ini demikian kerana ramai peniaga atas talian yang menipu pelanggan dan ia akan merugikan pelanggan tersebut.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

(Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam.)
ii) Produk / Hasil Transformasi

(Puan Shuraya mengikuti pertandingan My Place semasa HBK dan CAKNA 2019. Beliau mendapat tempat kedua semasa HBK 2019 dalam pertandingan My Place.)
iii) Promosi di Media Sosial

(Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook Puan Shuraya sendiri.)
iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)
