|
Nama: Nurthahirah Binti Hassan Umur: 24 Tahun Alamat: Kampung Hulu Maludam Tahun menjadi ahli: 2017 |
LATAR BELAKANG
Nurthahirah Binti Hassan merupakan belia yang memperolehi sumber pendapatan utama dengan hasil jualan seperti nasi ayam, nasi ayam penyet, ais batu campur, pelbagai jenis kek dan kuih muih serta jeruk masam manis yang dibuat beliau sendiri. Beliau menjalankan perniagaan sendiri sepenuh masa dirumah melalui promosi atas talian dan jualan secara langsung di kanopi miliknya yang terletak di hadapan rumahnya. Selain itu, Nurthahirah juga menyediakan penghantaran sendiri ke rumah pelanggan yang membuat pesanan melalui media sosial.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum menyertai latihan ICT dan latihan keusahawanan di Pusat Internet , Nurthahirah sudah terdedah dengan penggunaan internet melalui telefon pintar. Beliau sudah mahir menggunakan kesemua laman media sosial yang ada. Tetapi, Nurthahirah amat lemah dalam penggunaan komputer bahkan tidak terfikir akan menggunakannya pada masa akan datang.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Pusat Internet banyak membantu Nurthahirah dalam membina keyakinan diri. Hal ini kerana, menamatkan pembelajaran setakat tingkatan 5 menjadikannya tidak berkeyakinan dan berangappan beliau tidak boleh berjaya seperti orang lain. Setelah menyertai program dan aktiviti di Pusat Internet , beliau mula berminat untuk mempelajari dunia ICT kerana menyedari bahawa kini ianya merupakan keperluan yang harus dipelajari untuk memastikan dirinya tidak ketinggalan dengan setiap pemodenan dan kecanggihan teknologi dari masa ke semasa.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
1. Latihan Asas Komputer
2. Latihan Asas Internet
3. Microsoft Office (Excel, Word, Powerpoint)
4. Latihan Keusahawanan
5. E-Dagang
6. E-Kerajaan
7. Adobe Photoshop
BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Pembelajaran dan latihan yang dipelajari oleh Nurthahirah di Pusat Internet amat membantunya dalam mengendalikan perniagaannya. Beliau kini lebih kreatif dalam mengembangkan lagi kepelbagaian produk jualannya. Nurthahirah kini lebih berkeyakinan dalam bidang keusahawanan yang diceburinya dan penguasaannya dalam aplikasi komputer juga semakin baik dan mempermudahkan urusannya pada masa akan datang.
BENGKEL/ LATIHAN KEUSAHAWANAN YANG DIHADIRI
Menghadiri kelas dan latihan yang dijalankan
PRODUK/ HASIL TRANSFORMASI

Bunting hasil rekaan Nurthahirah sendiri menggunakan Adobe Photoshop dengan bimbingan petugas
PROMOSI DI MEDIA SOSIAL

Promosi jualan di media sosial
LAIN-LAIN

Aktif melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan di Pusat Internet
