mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama: Mohd. Aris Bin Roslie

Umur: 12 tahun

Alamat: Kampung Hilir Maludam

Tahun menjadi ahli: 2014

 

Latarbelakang

Mohd. Aris merupakan seorang murid yang masih menuntut di Sekolah Kebangsaan Maludam. Beliau berumur 12 tahun dan merupakan penduduk tetap di Kampung Hilir Maludam. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif dan sentiasa mengunjungi  Pusat Internet  ketika di waktu lapang.

Sebelum Pengunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet 

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet , beliau banyak meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan untuk bermain. Beliau mengulangkaji dan belajar menggunakan kaedah seperti berpandukan buku teks dan buku rujukan. Berkenaan dengan pengetahuan ICT, ternyata beliau tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan komputer dan kurang menyedari mengenai kepentingan ICT sepenuhnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet 

Selepas wujudnya Pusat Internet  di Kampung Maludam, rutin harian masa lapang beliau turut berubah. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet  selepas waktu persekolahan dan hujung minggu. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Bagi Mohd. Aris segalanya adalah sangat mudah dengan wujudnya internet. Pada pendapat beliau, kemahiran pengetahun ICT perlu didedahkan bermula dari peringkat sekolah rendah untuk membantu dalam proses pembelajaran yang lebih efektif.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet 

1. Mempelajari pengetahuan dan kemahiran komputer

2. Klik Dengan Bijak

3. Belajar menguasai pengetahuan asas mengenai Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

4. Mempelajari pengunaan internet seperti carian maklumat melalui Google, membuat akaun email, penggunaan Youtube dan sebagainya.

Bagaimana Pusat Internet  membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan kewujudan Pusat Internet  di Kampung Maludam, kemudahan seperti ini banyak membantu masyarakat setempat untuk mempelajari kemahiran ICT di mana pembelajaran ini diberikan secara percuma dengan syarat menjadi ahli di Pusat Internet. Pada pandangan Mohd. Aris pula, pembelajaran berasaskan ICT dan teknologi merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di samping menarik perhatian, menyeronokkan dan meningkatkan kebolehan dan pengetahuan pelajar lebih cepat. Perkhidmatan internet yang disediakan di Pusat Internet membolehkan ahlinya mengakses dan memperolehi maklumat berkaitan dengan pembelajaran dengan pantas, mudah dan menjimatkan masa. Oleh itu, Pusat Internet boleh dijadikan medan maklumat masa kini dalam membantu meningkatkan dari aspek ekonomi, sosio ekonomi, kemahiran penggunaan ICT dan sebagainya.

 

i.Bengkel Latihan Yang Dihadiri

Menghadiri setiap kelas dan latihan dan sekarang telah berdaftar mengikuti latihan INTEL

 

ii) Penglibatan dalam aktiviti Pusat Internet 

Aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti Pusat Internet