mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Suharni Binti Seman seorang peniaga atau usahawan di Kampung Maludam. Pada tahun 2012, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual kuih muih dihadapan rumah. Ketika itu, beliau belum mempunyai rumah kedai dan hanya berniaga menggunakan payung kanopi. Melihat kepada permintaan terhadap jualan yang semakin banyak, beliau mula membina sebuah kedai pada 2013. Tahun 2014, bermulanya perkembangan perniagaan beliau. Dengan bantuan teknologi seperti adanya internet dan telefon pintar, banyak membantu beliau untuk mempelbagaikan produk jualan dan mempromosikan produk yang dihasilkan. Antara perusahaan yang beliau jalankan ialah burger, produk kecantikan, kuih-muih, roti bakar, kuih-kuih kering, kek, keropok udang dan barangan runcit.

Selain itu, Kampung Maludam terkenal dengan “Pais Udang” yang diusahakan oleh Hajah Safiah binti Haji Embu. Menurut Hajah Safiah, pais merupakan makanan popular di Kampung Maludam. Beliau juga turut menjual keropok udang dan sambal kicap pedas yang sesuai sekali dijadikan pencicah pais udang. Jelas beliau, pais udang dibuat dari udang mentah yang segar dan digaul bersama garam dan disalut dengan lemantak selepas itu dibungkus dengan daun pisang atau daun nipah dan dibakar sehingga masak. Hajah safiah turut mengambil beberapa orang pekerja pada musim keramaian di Kampung Maludam seperti Pasar Tani, Hari Rukun Tetangga dan sebagainya untuk membantu dalam memproses dan menjual pais udang. Pais udang beliau menjadi tumpuan di sekitar Kampung maludam sehingga ke Kampung Beladin.

 

Mauliyah binti Musa, seorang pengusaha donut lemantak dan cheese ball lemantak di Kampung Maludam. Menggunakan perkembangan terkini dengan kemudahan internet untuk mempromosikan produk yang dihasilkan kepada orang ramai melalui media sosial seperti facebook dan wechat. Selain mengambil tempahan disekitar kampung, beliau juga mendapat tempahan pelanggan disekitar Kuching dan Miri. Beliau masih giat menjalankan perniagaan tersebut sehingga kini.