mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Gelanggang Futsal

Gelanggang futsal merupakan salah satu kemudahan asas yang disediakan untuk komuniti di Kampung Maludam bergiat aktif dalam sukan seperti futsal. Setiap tahun pertandingan futsal merupakan salah satu pertandingan yang amat popular untuk komuniti di kampung ini. Dengan adanya dua buah padang futsal yang terletak di Kampung Hulu dan Kampung Darat Maludam dapat dijadikan platform untuk warga Maludam beriadah dan bersukan di waktu petang. Semoga dengan adanya kemudahan seperti ini dapat memberi pelaung kepada penduduk dalam mengamalkan aktiviti yang sihat dan cergas.

 

Telefon Awam

Telefon awam juga adalah salah satu kemudahan yang terdapat di Kampung Maludam. Setiap kampung-kampung kecil yang seperti Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Seberang dan Kampung Belakang Pasar dibekalkan telefon awam untuk menghubungkan dan memudahkan masyarakat setempat.