Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk makluman warga Maludam dan sekitar,
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Objektif pertandingan ini adalah:
a. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai:
– Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya
-Menggalakkan pengguna internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih
Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti
Terma dan Syarat:
1. Maklumat pertandingan:
– Pertandingan video pendek ini adalah inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
– Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2017 hingga 3 Julai 2017
– Para pesertaperlu menghasilkan video berdurasi tidak melebihi 2 minit dengan tema ” Tidak pasti, Jangan Kongsi”.
2. Kelayakan pertandingan
-Terbuka kepada ahli berdaftar Pi1M
berkumpulan terdiri daripada 4 -6 orang
3. Syarat pertandingan
-Durasi video tidak boleh melebihi 2 minit
-Video mesti menepati tema
-Video boleh dihasilkan menggunakan teknik animasi,lakonan atau kedua-duanya sekali
-Rakaman dan suntingan video boleh menggunakan mana-mana aplikasi antaranya seperti Powtoon, viva video dan sebagainya
-Video yang dihasilkan perlu dimuat naik kedalam akaun facebook pi1m masing-masing dengan kapsyen #tidakpastijangankongsi #sebenarnya #klikdenganbijak #namaPi1M.
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh berhubung terus di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Hilir Maludam.
