mcmc
Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2022 – 1

SSU122.2.jpg

USAHAWAN 1

Nama : Norbaizura binti Anis

Alamat : Kampung Hulu Maludam

Umur : 32 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Norbaizura yang lebih dikenali sebagai Along merupakan seorang guru KAFA di SK Maludam. Puan Norbaizura yang kini berumur 32 tahun mempunyai seorang anak perempuan. Beliau tinggal di Kampung Hulu Maludam. Puan Norbaizura mula menjadi Dropship pakaian Hasnuri pada hujung tahun 2019. Manakala Puan Norbaizura mula mendaftar sebagai ahli di PEDi Kampung Hilir Maludam pada bulan Julai 2020.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum bergiat aktif dengan aktiviti yang diadakan di PEDi, Puan Norbaizura tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk semua urusan harian beliau. Walaupun beliau seorang guru KAFA, namun beliau akan datang ke PEDi untuk menolong beliau menyelesaikan semua urusan yang berkaitan dengan emel, microsoft office dan lain lagi. Begitu juga dengan bisnes pakaian beliau, beliau hanya memuat naik gambar dan video jualan beliau di status whatsapp dan facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan di PEDi, Puan Norbaizura menjadi lebih yakin dalam penggunaan komputer. Puan Norbaizura juga dapat melaksanakan tugas hakiki beliau sebagai guru KAFA dengan lebih yakin. Hal ini demikian kerana kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran ICT sangat penting sebagai seorang pendidik. Selain itu, Puan Norbaizura juga kini telah melantik beberapa dropship pakaian Hasnuri di bawah seliaan beliau. Beliau kini lebih yakin dalam menguruskan kewangan serta mempunyai target jualan bulanan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Puan Norbaizura juga kini mahir menggunakan zoom meet sebagai medium untuk menghadiri kelas usahawan secara dalam talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

 

  • Latihan asas komputer
  • Latihan Asas interntet
  • Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
  • Latihan Keusahawanan
  • E-dagang
  • E-Kerajaan
  • Canva
  • Zoom meet

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan keusahawanan yang diadakan di PEDi sedikit sebanyak membantu Puan Norbaizura memperkembangkan lagi bisnesnya. Hal ini demikian kerana Puan Norbaizura yang pada mulanya menjadi dropship pakaian Hasnuri kini telah menjadi upline pakaian Hasnuri. Puan Norbaizura mempunyai beberapa dropship di bawah seliaan beliau yang terdiri daripada tempat yang berlainan selain dropship dari kampung Maludam sendiri. Selain itu, Puan Norbaizura juga mempunyai group Whatsapp bersama dropship pakaian Hasnuri tersebut. Puan Norbaizura lebih yakin dalam menguruskan bisnes beliau. Puan Norbaizura juga mempunyai facebook page yang tersendiri hasil daripada tunjuk ajar petugas di PEDi.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

    SSU122.1.jpg

Menghadiri latihan keusahawanan di PEDi Kg Hilir Maludam

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

SSU122.4.jpg  SSU122.3.jpg

Puan Norbaizura berjaya membuat dan menguruskan group whatsapp bersama dropship beliau dan facebook page untuk jualan pakaian Hasnuri beliau. 

 

iii) Promosi di Media Sosial

SSU122.6.jpg  SSU122.5.jpg

SSU122.8.jpg  SSU122.7.jpg

Promosi jualan yang dilakukan di laman sosial (facebook), facebook page dan status whatsapp Puan Norbaizura.

 

 iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

SSU122.10.jpg  SSU122.9.jpg

Puan Norbaizura juga aktif melibatkan dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam.