CELIK IT
Nama : Dayang Ainul Qaisara binti Awang Moner
Alamat : Kampung Hilir Maludam
Umur : 12 Tahun
Tahun menjadi ahli : 2018
Latar belakang
Dayang Ainul Qaisara binti Awang Moner ataupun dikenali sebagai adik Ainul merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Adik Ainul kini berumur 12 tahun iaitu murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Ainul tinggal di Kampung Hilir Maludam iaitu berdekatan dengan PEDi Kampung Hilir Maludam. Adik Ainul telah mendaftarkan diri menjadi ahli PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum bergiat aktif dalam program PEDi/mengikuti kelas ICT di PEDi, adik Ainul tidak terdedah dengan penggunaan komputer. Adil Ainul juga tidak mengenal asas Microsoft Office, asas internet dan banyak lagi. Hal ini demikian kerana di rumah adik Ainul tidak mempunyai komputer mahupun laptop. Oleh itu, adik Ainul hanya terdedah dengan penggunaan telefon bimbit sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak menjadi ahli di PEDi Kg Hilir Maludam, adik Ainul sering mengikuti program/ kelas yang diadakan. Bermula dari itulah adik Ainul mula belajar menggunakan komputer serta Microsoft Office yang telah diajar oleh petugas PEDi. Selain Microsoft Office, adik Ainul juga diajar asas internet untuk memudahkan adik Ainul belajar dan membuat latihan dalam internet iaitu secara dalam talian.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Asas Komputer dan Sistem operasi
- Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
- Asas Internet (Browser/Emel/dll)
- Paint
- E-Pembelajaran
- Kahoot
- Canva
- Origami
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Program, kelas dan aktiviti yang diikuti oleh adik Ainul di PEDi banyak membantu adik Ainul terutamanya sesi pembelajaran dalam talian. Hal ini demikian kerana bermulanya penularan covid 19, sesi pembelajaran murid sekolah turut terjejas kerana tidak dapat belajar secara bersemuka seperti biasa. Kemahiran dan pengetahuan adik Ainul banyak membantu pembelajaran adik Ainul terutamanya sesi pembelajaran menggunakan google meet atau zoom meet. Latihan yang diberikan secara dalam talian juga dapat disiapkan oleh Ainul dengan baik.
i. Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Adik Ainul aktif menghadiri kelas yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.
ii. Produk / Hasil Transformasi

Adik Ainul menyertai Pertandingan Poster yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam pada tahun 2020.
iii. Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

Adik Ainul aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Hilir Maludam seperti quizziz dan lain lagi.
