mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KE-4 (2019)

CELIK IT

Nama : Azam Bin Ahmad Zaidi

Alamat : Kampung Hilir Maludam 

Umur : 10 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2016

 

Latar belakang

Adik Azam merupakan murid tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maludam. Adik Azam telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2016. Adik Azam seorang murid yang aktif dalam kokurikulum. Di samping itu adik Azam juga tidak mengabaikan pelajarannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bergiat aktif dalam program PI/mengikuti kelas ICT di PI, adik Azam tidak pandai menggunakan komputer kerana tidak terdedah dengan sebarang kemudahan yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Office dan lain lagi. Adik Azam juga tidak tahu fungsi dan kelebihan yang terdapat pada internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI, Adik Azam lebih gemar menghabiskan masa di PI. Adik Azam juga tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap kelas yang diadakan di PI sehingga sekarang. Kini adik Azam sudah menguasai penggunaan komputer dan boleh menggunakan Microsoft Office dengan baik. Selain itu, adik Azam juga lebih menguasai penggunaan enjin carian di internet untuk mencari maklumat serta bahan rujukan pelajaran. Adik Azam juga sering mengikuti perkembangan PI dan juga sering menyertai pertandingan yang diadakan di PI seperti semasa Program Hari Bersama Komuniti.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

• Asas Komputer dan Sistem operasi
• Microsoft Offices (Word/Excel/Power Point/Publisher)
• Asas Internet (Browser/Emel/dll)
• Paint
• Smart Draw
• E-Pembelajaran

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Aktiviti dan program yang diadakan di PI banyak membantu proses kemahiran adik Azam. Adik Azam kini menjadi lebih yakin untuk menggunakan komputer dan memanfaatkan penggunaan internet sebaiknya. Adik Azam juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan latihan dan kelas yang diadakan di PI untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai komputer serta memahirkan lagi penggunaan Microsoft Office demi kepentingan pada masa hadapan.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

(Menghadiri kelas yang diadakan di PI Hilir Maludam dan sentiasa memberikan komitmen yang baik.)

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

  

(Menyertai pertandingan Kuiz ICT Online dan pertandingan membuat Origami. Adik Azam telah menjadi juara dalam pertandingan membuat Origami anjuran PI Hilir Maludam.)

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

  

(Adik Azam aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang terdapat di PI Hilir Maludam.)

 


 USAHAWAN 1

Nama : Mazidah binti Supian

Alamat : Kampung Tengah Maludam

Umur : 30 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Mazidah yang berasal dari Kampung Tengah Maludam merupakan seorang usahawan yang bekerja sendiri iaitu mobile spa. Beliau menjalakankan perkhidmatannya di rumah sendiri dan juga pergi ke rumah pelanggannya bergantung permintaan dan kesesuaian keadaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti pi1m, Cik Mazidah kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Hal ini demikian kerana Cik Mazidah banyak bergantung dengan smart phone sahaja. Cik Mazidah juga tidak berminat untuk mengikuti mana-mana kelas ICT dan kelas keusahawanan yang diadakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Cik Mazidah mula berminat untuk mempelajari ICT setelah memahami kepentingan ilmu ICT pada masakini. Cik Mazidah sedar bahawa masih banyak lagi fungsi penggunaan komputer dan internet yang masih belum diketahuinya. Bermula dengan mengenali komponen-komponen komputer seterusnya mempelajari Microsoft Office ia menjadikan Cik Mazidah semakin teruja dan bersemangat untuk belajar. Cik Mazidah juga sering mengikuti pertandingan yang berkaitan dengan usahawan yang diadakan di PI Hilir Maludam.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

• Latihan asas komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan Keusahawanan yang dijalankan di PI Hilir Maludam banyak membantu Cik Mazidah dalam perniagaan. Hal ini demikian kerana Cik Mazidah banyak mempelajari penggunan Microsoft Office. Cik Mazidah juga sudah mahir untuk membuat kad bisnes dan logo perniagaan mengikut kreativitinya yang tersendiri. Oleh itu, Cik Mazidah kini lebih yakin menjalankan perniagaannya dengan adanya strategi pemasaran yang strategik dan berkesan.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

(Menghadiri latihan keusahawanan di PI Hilir Maludam.)

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

  

(Cik Mazidah menyertai Pertandingan Membuat Video Produk dan Pertandingan Memuat Naik Produk Terbanyak ke My Shop. Cik Mazidah telah menjadi juara dalam Pertandingan membuat Video Produk kerana mendapat view yang paling tinggi di Facebook.)

 

iii) Promosi di Media Sosial

   

(Promosi perkhidmatan yang dilakukan di laman sosial (Facebook) iaitu di facebook sendiri dan dalam group facebook Kampung Maludam.)

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb) 

   

(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)

 


USAHAWAN 2 

Nama : Zaharah binti Kifrawi

Alamat : Kampung Hilir Maludam

Umur : 46 Tahun

Tahun menjadi ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Zaharah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan juga skuad PI Hilir Maludam. Puan Zaharah memperolehi pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai menu masakan tengah hari serta kuih muih untuk santapan petang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum bergiat aktif dengan program dan aktiviti PI, Puan Zaharah tidak berminat untuk mengambil tahu kepentingan ICT/Teknologi dalam kehidupan seharian. Puan Zaharah juga tidak tahu bahawa dengan adanya media sosial, beliau boleh menjual jualannya dengan lebih mudah, cepat dan dapat dilakukan dari rumah sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Zaharah mula berminat untuk mempelajari ICT setelah memahami kepentingan ilmu ICT pada masa kini. Puan Zaharah juga sudah mahir untuk mempromosikan menu jualannya dalam media sosial iaitu Facebook. Beliau yang mulanya menjual jualannya dari rumah ke rumah kini hanya menghantar jualannya secara cod (cash of delivery) kepada sesiapa yang telah memesan dalam talian sahaja.
Puan Zaharah juga sering memberikan komitmen yang baik dengan mengikuti kelas serta program yang diadakan di PI.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

• Latihan Asas Komputer
• Latihan Asas interntet
• Microsoft offices (Word/Excel/PowerPoint)
• Latihan Keusahawanan
• E-dagang
• E-Kerajaan
• Adobe Photoshop

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Latihan dan aktiviti di PI banyak memberikan pendedahan yang berkaitan dengan ilmu berkaitan ICT dan keusahawanan. Puan Zaharah yang merupakan ZERO IT Bermula dari seorang yang tidak begitu mengenali dunia ICT dan kelebihan internet, kini mula memahami kepentingan kedua-dua aspek tersebut. Puan Zaharah juga terdedah dengan promosi di media sosial seperti facebook. Ia merupakan salah satu cara yang sangat mudah kerana produk yang dipromosikan melalui cara tersebut lebih cepat disampaikan kepada pengguna/pelanggan. Puan Zaharah juga boleh mengambil tempahan melalui media sosial untuk memudahkan komunikasi bersama pelanggan di sekitar Maludam. Cara berinteraksi menngunakan internet amat mudah, cepat dan meluas.

 

 i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

(Menghadiri kelas latihan keusahawanan)

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

  

(Antara produk Puan Zaharah binti Kifrawi)

 

iii) Promosi di Media Sosial

  

(Promosi produk yang dilakukan di laman sosial iaitu Facebook)

 

iv) Lain-lain (contoh : proses penghasilan produk, penglibatan dalam aktiviti lain, dsb)

 

(Aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti/program anjuran PI Hilir Maludam.)