mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEEMPAT – CELIK IT

NAMA: Mohd Danish Farhan Bin Nurdin Ahmad

ALAMAT: Kampung Hilir Maludam

UMUR: 13 Tahun

TAHUN MENJADI AHLI: 2015

 

LATARBELAKANG

Merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin yang aktif dalam bidang sukan dan sangat berminat dalam mempelajari sesuatu yang baru.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Banyak melibatkan diri dalam sukan dan permainan di kampung. Danish juga jarang mengunjungi Pusat Internet dan tidak pernah mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Danish sudah sering mengunjungi Pusat Internet dan sudah berdaftar menjadi ahli Pusat Internet Kampung Hilir Maludam setaelah petugas Pusat Internet membuat program advokasi Klik Dengan Bijak di sekolah. Danish juga sudah mulai mengikuti kelas ICT dan mengisi masa lapangnya di Pusat Internet dengan melayari internet untuk mencari maklumat dan menonton Youtube.

 

APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET

1. Asas Komputer

2. Advokasi Klik Dengan Bijak

3. Microsoft Offices

4. Aplikasi Powtoons

5. Asas Internet

6. Adobe

 

BAGAIMANA PUSAT INTERNET MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Pembelajaran ICT merupakan dan teknologi merupakan satu kaedah pembaharuan yang boleh digunakan oleh pelajar sekolah bagi membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran pemahaman dalam bidang akademik. Selain di sekolah, Pusat Internet juga boleh dijadikan pusat pembelajaran bagi membantu pelajar sekolah menguasai dan memahami ICT dengan lebih baik melalui pelbagai peralatan dan kemudahan yang lengkap disediakan oleh Pusat Internet. Pusat Internet juga memberikan kelas dan latihan ICT secara percuma tanpa mengira peringkat umur dan boleh dijadikan sebagai medan maklumat masa kini untuk membantu komuniti setempat dalam aspek pembelajaran, kemahiran ICT mahupun sosio ekonomi di kawasan sekitarnya.

 

I.BENGKEL LATIHAN ICT/ KEUSAHAWANAN YANG DIHADIRI

 

Mengikuti kelas ICT di Pusat Internet 

 

II.HASIL TRANSFORMASI/PRODUK

Menerima sijil tamat latihan di Pusat Internet

 

III.LAIN-LAIN/PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI

Penglibatan dalam program Pusat Internet dan Sekolah